02.02.23 &03.02.23 saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sally Chong, dua hari berterusan membawa 8 orang warga emas dari Rumah Sejahtera Masai ke kedai OO United Optical menjalani pemeriksaan mata. Sally Chong adalah sebagai ahli Rotary Club Pasir Gudang dan anggota pekerja amal sepenuh masa di Rumah Sejahtera Masai.
Aktiviti ini adalah anjuran bersama Rotary Club Pasir Gudang dan OO United Optical. Sejumlah 6 set cermin mata kepada warga emas disumbangkan daripada Rotary Club Pasir Gudang 3 set dan OO United Optical 3 set.
Upacara penyampaian cermin mata pada 18.02.23 dihadiri oleh President Neriza Choong, Pass President CK Tan, President Elect Stewart Sia, Sally Chong dan ahli-ahli yang lain. Timbalan Pengerusi Rumah Sejahtera Masai Mr Subramaniam turut menyaksikan bersama.
OO United Optical diwakili oleh En Chai Min Soon, Mdm Chong dan Johnson Chai.